Termenung duduk berteleku
Sang bayu terus berlalu
Angin petang menderu-deru
Dingin di hati yang bertamu
Terasa berat kelopak mataku
Sudah terkatup tiga suku
Tidak bergerak seperti tugu
Lagaknya akal laksana buku
Aku sedar siapa diriku
Hanya menumpang di bumi nan satu
Menjadi hamba di antara seribu
Benarkah imanku utuh yang jitu
Setelah mendapat hidayah dariMu
Kekalkah rahmatMu bersamaku
Ku perlukan sahabat sesetia kekasihMu
Amin! Doakan agar bertemu
Jika aku berjaya dalam pencarianku
Siapapun engkau akanku katakan padamu
Janganlah engkau berjalan di belakangku
Kerana ku tak mampu memimpinmu
Jangan pula engkau berjalan di hadapanku
Kerana ku tak mampu mengejarmu
Tapi, berjalanlah di di sisiku
Kerana, engkau sahabatku
Sang bayu terus berlalu
Angin petang menderu-deru
Dingin di hati yang bertamu
Terasa berat kelopak mataku
Sudah terkatup tiga suku
Tidak bergerak seperti tugu
Lagaknya akal laksana buku
Aku sedar siapa diriku
Hanya menumpang di bumi nan satu
Menjadi hamba di antara seribu
Benarkah imanku utuh yang jitu
Setelah mendapat hidayah dariMu
Kekalkah rahmatMu bersamaku
Ku perlukan sahabat sesetia kekasihMu
Amin! Doakan agar bertemu
Jika aku berjaya dalam pencarianku
Siapapun engkau akanku katakan padamu
Janganlah engkau berjalan di belakangku
Kerana ku tak mampu memimpinmu
Jangan pula engkau berjalan di hadapanku
Kerana ku tak mampu mengejarmu
Tapi, berjalanlah di di sisiku
Kerana, engkau sahabatku
0 comments:
Post a Comment