Saturday, December 7, 2013

BETAPA AKU RINDU.

Saat ini, malam berlabuh lagi di kaherah. Aku melihat langit yang semakin kelam tika aku melihat ke luar tingkap. Langit menarik lihaf gelap apabila mega merah yang berserak di kaki langit mula bersurai. Bunyi cengkerik...
Oh ya!
Aku lupa. Tiada bunyi cengkerik di sini. ^-^
Bintang-bintang mula bertaburan.
Hehehe...:-)
Cara aku bercakap, macam lah aku boleh nampak. Ni bukannya kampung halaman di sabah.
 Azan maghrib baru sahaja berkumandang, dan aku dengan cepat mengambil wuduk untuk tidak ketinggalan meninggalkan solat maghrib berjemaah di surau imarah. Aku dalam mood untuk solat berjemaah di surau sejak di tegur seseorang di blog, seseorang bernama wardatul asfar. Dan, seorang senior yang mengajak aku dan tengah menungguku di hadapan pintu. Aku yang dalam usaha untuk menanggalkan rasa malas dalam diri cuba melawan bisikan syaitan dan berjaya dalam langkah untuk turun ke surau imarah.
Alhamdulillah!
Usai solat maghrib, niatku untuk naik semula ke rumah terbantut apabila kakak senior itu menegahku dengan lembut. Sesungguhnya, aku kagum dengan cara dia untuk menarik seseorang yang di belenggu kemalasan seperti aku untuk tetap setia berdiri di landasan yang betul. Caranya yang berhemah dalam mengajak aku untuk berbuat kebaikan membuat aku tidak dapat menolak.
Ndak apalah!
Lagipun, aku dalam mood aku. So, aku pun stay lah di surau. Aku capai risalah komik di rak yang terletak di bahagian belakang surau. komik islamik kot. Aku mula menyelak muka suratnya.
Aku tidak ingat apa permulaan cerita kami apabila aku dan dua orang lagi kakak senior mula duduk berteleku dalam liqa’. Apa yang aku ingat ialah cerita kami yang berlarutan hingga ke cerita tentang karya-karya harun yahya dan bagaimana penulis ini dengan menariknya memasukkan ayat-ayat al-quran dalam kajian sainsnya.
Aku bercerita dengan semangatnya tentang penulis yang aku sanjungi ini. Apa yang aku tidak jangka ialah apabila seketika kemudian dua orang kakak ini menjadi peminat harun yahya. Mungkin seperti aku yang meminati melihat sesuatu dari sudut yang baru seperti melihat kebenaran al-quran dari sudut sains, mereka juga suka melihat apabila allah sentiasa memberi jalan kepada hambaNya untuk membuktikan bahawa agama islam adalah satu-satunya agama yang di redhaiNya.
Perbincangan kami bersambung dengan bukti-bukti yang di kemukakan oleh harun yahya untuk mematahkan teori charles darwin, yang di ambil dari al-quran dan di sokong dengan hujah yang di kaji dari sudut sains. Teori charles darwin yang mendakwah bahawa benda hidup adalah berevolusi dari satu kepada yang yang lain, juga di namakan sebagai ‘theory of evolution’, di tentang habis-habisan oleh harun yahya. Ini kerana sekiranya di lihat dengan lebih mendalam teori darwin ini, ianya boleh mencapai kepada satu pendapat yang menidakkan akan kewujudan tuhan.
To be continued...
Hahaha...^-^
Harun yahya atau nama sebenarnya adnan oktar yang di lahirkan di ankara, turki pada 2 februari 1956 adalah seorang mahasiswa yang datang daripada bidang falsafah dan ideologi. Dia mula menjadi tumpuan ramai apabila dia mengeluarkan karyanya yang bertajuk ‘atlas of creation’ yang mana mengandungi semua maklumat, hujah dan bukti saintifik yang mematahkan teori darwin. Di dalam buku ini, harun yahya turut memasukkan bukti-bukti fosil yang menunjukkan bahawa haiwan dan tumbuhan di dunia ini bukanlah berevolusi daripada satu sama yang lain.
Dia memilih nama harun yahya sebagai nama penanya kerana menurutnya dua nabi ini sepanjang hayatnya, hidup hanya untuk menentang habis-habisan pemikiran dan perbuatan atheis iaitu kekafiran dan orang yang tidak mempercayai kewujudan tuhan yakni keingkaran.
‘theory of evolution’ secara ringkasnya mula mengambil tempat di mata sesetengah saintis yang percaya dengan eksperimen yang kebetulan hipotesisnya tepat, manakala sebahagian pula yang masih meragui teori ini mula mencari lebih bukti dan menemui bahawa sesungguhnya teori ini bukanlah teori kecuali hanyalah carutan charles darwin semata. Teori ini bagaimana pun yang di anggap benar oleh yang lainnya mula diiktiraf sebagai satu teori yang sahih.
Ini kerana perbezaan pendapat dalam sains adalah normal dan hal ini di anggap hanyalah salah satu daripadanya. golongan yang menyokong teori ini walau pada hari ini masih mencari lebih bukti untuk memberitahu pada dunia bahawa sesungguhnya mereka itu di pihak yang benar.
Sesungguhnya allah telah mengkhabarkan kepada kita dalam kalamNya...
Aku ingat ayatnya, tapi aku ndak ingat ayat berapa dan surah apa.
{sobbing......}
isk... isk... isk...
Apapun, biarlah aku kongsi. Sesapa yang tahu ayat berapa, letak jak kat komen erk.
Sesungguhnya allah telah mengingatkan kita bahawa syaitan akan sentiasa menyerang manusia dari segala sudut. Dan, salah satu tipu dayanya yang amat sukar untuk ditangani ialah syaitan akan sentiasa membuat perkara yag buruk itu indah di mata manusia. Dia akan sentiasa menghias perkara-perkara buruk itu dengan bisikan dan ajakannya tentang keindahan yang sementara itu.
Kesimpulannya, syaitan masih di sisi mereka dan tetap setia membisikkan bahawa mereka di pihak yang benar sedang yang lain adalah di pihak yang salah.
Harun yahya bagaimanapun bangkit untuk menentang teori yang tidak berasas langsung ini. Bukunya yang bertajuk ‘athlas al-khalqa’ ataupun ‘atlas of creation’ telah di terjemah ke pelbagai bahasa untuk menunjukkan kepada manusia tentang betapa salahnya teori ini, dan menunjukkan tentang kewujudan allah dan alamat-alamat kebesaranNya.  Lebih daripada seribu buku yang di karangnya adalah berkenaan islam dan hujah kebenarannya dalam al-quran yang di sokong dengan bukti saintifik. Penulisan harun yahya ini membantu ramai insan yang sesat untuk mengetahui bahawa sesungguhnya adanya tuhan yaang wajib di sembah dan wajib diakui keesaanNya dan  diakui nama-namaNya.
Dia pernah di penjara atas tuduhan yang bukan di lakukan olehnya. Dia juga pernah di tahan di hospital sakit mental lantaran usahanya yang di gelar oleh lawannya sebagai cubaan menegakkan benang yang basah. Dia di tuduh adalah seorang pesakit skizofrenia dan adalah seorang yang mempunyai personality disorder. Namun, dia dilepaskan tanpa tuduhan apabila pihak yang menuduh akan mengugurkan tuduhan itu sendiri.
Majalah ‘the new scientist’ telah menyenaraikan harun yahya sebagai salah seorang daripada 500 orang muslim paling berpengaruh di abad millenium ini. Dia juga diberi gelaran ‘pahlawan dunia’.

Salah satu daripada yang aku kongsi pada mereka ialah teori big bang. Big Bang! Satu teori mengenai angkasa lepas. Selama ini, para saintis dan astronomi percaya dan berpendapat bahawa alam semesta ini bersifat statik dan memang sedia wujud sehinggalah seorang ahli fizik Rusia, Alexander Friedman menemui bahawa angkasa sebenarnya dalam keadaan berkembang. Hal ini disokong dengan penemuan Edwin Hubble bahawa bintang-bintang bergerak menjauh antara satu sama lain. Angkasa lepas terhasil daripada sebuah letupan titik tunggal. Itulah Big Bang. Tapi, teori ini baru di temui pada penghujung abad ke-20. Walhal, ianya telah tertulis di dalam al-quran. Ia di nyatakan dalam surah Az-zariyat,ayat 47.
            ‘DAN,LANGIT ITU KAMI BINA DENGAN KEKUASAAN DAN SESUNGGUHNYA KAMI BENAR-BENAR MELUASKANNYA;’

Sepotong lagi ayat yang menarik yang terdapat dalam al-quran ialah mengenai kejadian masa hadapan dapat di lihat dalam ayat pertama surah Ar-rum, yang merujuk kepada empayar byzantin, bahagian timur kerajaam Rom yang ada dahulu. Dalam ayat ini, empayar Byzantin di nyatakan akan menemui kekalahan yang besar tetapi kemudian memperolehi kemenangan.
            ‘ALIF,LAM,MIM. DIKALAHKAN KERAJAAN ROM DI KAWASAN YANG PALING RENDAH, DAN MEREKA SESUDAH KALAH ITU NANTI AKAN MENANG. DALAM BEBERAPA TAHUN. URUSAN ITU KEPUNYAAN ALLAH SEJAK DARI PERMULAAN SEHINGGA KE AKHIRNYA’

Ayat ini diturunkan lebih kurang pada tahun 620 setelah masihi, hampir 7 tahun setelah kerajaan Kristian Byzantin mengalami kekalahan yang tragik di tangan penyembah berhala Parsi. Tetapi, dalam ayat tersebut, di dedahkan bahawa kerajaan Byzantin akan memperolehi semula kemenangan kembali dalam masa yang singkat. Sebenarnya, Byzantin telah awal menanggung kerugian besar yang kelihatan seolah-olah amat mustahil baginya untuk terus kekal apatah lagi meraih semula kemenangan. Selain dari Parsi, Avar, Slav dan Vonhard juga memberi ancaman yang besar terhadap empayar Byzantin. Kerajaan Anar sendiri telah mara begitu berhadapan dengan Kota Konstantipol. Maharaja Byzantin, Heraklius telah mengeluarkan arahan supaya melaburkan semua emas dan perak di seluruh gereja untuk memperolehi bantuan kewangan bagi menampung perbelanjaan ketenteraan.
            Apabila semua usaha ini masih jauh dari mencukupi, patung-patung gangsa juga di leburkan untuk tujuan yang sama. Banyak gabenor-gabenor yang memberontak menentang Heraklius. Dan, empayar itu berada dalam kedudukan yang hampir roboh. Mesopotamia, Alicik, Syria, Palestin, Mesir dan Armenia yang pada asalnya berada di bawah jajahan Byzantin, telah pun di jajah oleh tentera Parsi.
            Ringkasnya, semua yang ada ketika itu sedang menyaksikan saat kemusnahan empayar Byzantin. Tetapi, pada ketika itu, ayat pertama surah ar-rum yang di turunkan memaklumkan akan kemenangan Byzantin dalam beberapa tahun lagi. Kemenangan ini di lihat amat mustahil sehingga kaum Arab jahilliah menganggap apa yang di nyatakan dalam al-quran tidak akan jadi kenyataan.
Lebih kurang 7 tahun setelah ayat pertama surah ar-rum diwahyukan pada disember 627 selepas masihi, peperangan sengit antara Byzantin dan empayar Parsi tercetus di Ninaveh. Dan kali ini, askar Byzantin tidak di sangka-sangka telah berjaya menewaskan tentera Parsi. Beberapa bulan kemudian, kerajaan Parsi telah mengadakan perjanjian dengan Byzantin yang mewajibkan mereka menyerahkan kembali kawasan jajahan yang di rampas.
Dan akhirnya, kemenangan kerajaan Rom yang di nyatakan oleh Maha Suci Allah di dalam al-quran menjadi kenyataan.
Sebuah keajaiban lain yang turut dinyatakan dalam ayat ini ialah perkhabaran mengenai fakta dari sudut geografi yang tak dapat di fahami oleh sesiapa ketika itu. Dalam ayat ke-3 surah ar-rum, kita di maklumkan bahawa kerajaan Rom telah di tewaskan di bahagian paling rendah di permukaan bumi. Frasa ‘Adna Al-‘ard’ dalam bahasa arab di ertikan sebagai ‘kawasan yang berhampiran’ dalam kebanyakan penafsiran. Tetapi, ini bukanlah pengertian literal dari kenyataan yang asal, tetapi lebih berbentuk pentafsiran secara kiasan. Perkataan ‘Adna’ dalam bahasa arab berasal daripada perkataan ‘Daniy’ yang bermaksud rendah dan ‘Ard’ bermaksud bumi.
Dengan itu, kenyataan ‘Adna al-‘ard’ bermaksud kawasan yang paling rendah di muka bumi. Sebahagian ahli mufassirin yang membahaskan kedudukan bahagian yang di maksudkan di dalam ayat lebih cenderung memilih maksud ‘paling hampir’ bagi perkataan tersebut. Akan tetapi,makna sebenarnya menuujukkan sebuah fakta geologi yang sangat penting yang tidak diketahui oleh individu yang hidup ketika itu. Ini adalah kerana, apabila kita mengkaji bahagian paling rendah di muka bumi, kita akan berhadapan dengan ‘Laut Mati’ yang merupakan bahagian yang sebenarnya di mana tentera Byzantin mengalami kekalahan.
Apa yang menarik, saat penting peperangan yang terjadi antara empayar Byzantin dan Persia ketika Byzantin di tewaskan dan kehilangan wilayah Jerusalem, adalah tepat terjadi di Teluk Laut Mati, yang terletak di bahagian pertemuan antara tanah Syria, Palestin dan Jordan. Laut Mati yang terletak 395 meter di bawah paras laut, sebenarnya adalah kawasan paling rendah di muka bumi. Ini bermaksud bahawa kerajaan Byzantin telah tewas di kawasan paling rendah di muka bumi seperti yang dinyatakan dalam ayat tersebut. Seperkara yang penting di sini ialah altitud Laut Mati hanya dapat di ukur melalui teknik pengukuran moden. Sebelum itu,  adalah amat mustahil bagi sesiapapun mengetahui bahawa ia adalah kawasan yang paling rendah di muka bumi. Tetapi, hal ini telah di di sebutkan di dalam al-quran. Oleh yang demikian, bukti ini sekaligus membuktikan bahawa al-quran adalah wahyu dari Maha Suci Tuhan, seperti yang di buktikan oleh harun yahya.
Hanyalah nota tambahan! Buku harun yahya telah diterjemah kepada bahasa inggeris, perancis, german, itali, rusia, asbania, arab, portugis, albania, bosnia, polandia, urdu, indonesia, melayu dan banyak lagi.
Prinsip yang di pegangnya yang di warisi daripada said nursi yang kini aku pun warisi dan aku pegang erat....
Hahahaha....
-          The skill is not by having many listener, but to earn the good pleasure of Allah.
-          The fate Allah creates always perfect and had goodness in all.
Ha~
Aku dah ingat kenapa aku dan senior-senior aku tu mula duduk dalam liqa’ dan bercerita.
            Usai solat maghrib, niatku untuk naik semula ke rumah terbantut apabila kakak senior itu menegahku dengan lembut. Sesungguhnya, aku kagum dengan cara dia untuk menarik seseorang yang di belenggu kemalasan seperti aku untuk tetap setia berdiri di landasan yang betul. Caranya yang berhemah dalam mengajak aku untuk berbuat kebaikan membuat aku tidak dapat menolak.
Ndak apalah!
Lagipun, aku dalam mood aku. So, aku pun stay lah di surau. Aku capai risalah komik di rak yang terletak di bahagian belakang surau. komik islamik kot. Aku mula menyelak muka suratnya.
            Dua orang kakak senior mengajak aku untuk duduk bersama mereka. Kami pun duduk dalam liqa’, namun aku masih membuat kerja sendiri. Mereka berdua bercerita tentang buku yang baru di beli oleh seorang daripada mereka. Minatku tertarik apabila ciri-ciri salah satu buku yang di belinya itu serupa dengan bukuku yang tertinggal di malaysia, lalu aku pun masuk ke dalam cerita mereka. Kami mula bercerita tentang minat yang sama iaitu suka pada buku.
            Cerita kami kemudiannya menyentuh tentang aku yang tiba-tiba rajin turun ke surau, lalu ku kabarkan bahawa seorang yang bernama wardatul asfar mengajakku di blog untuk turun ke surau. lalu, perbincangan kami mula berkisar tentang blog. Senior itu berkata yang dia juga mahu menjadikan menulis di blog itu sebagai satu jalan untuk berdakwah, namun dia berkata juga bahawa dia tidak pandai menulis. Mungkin dia takut tiada orang akan meletak komen di blognya.
Dan, neuron-neuron benak pun mula mengimbas kisah satu hamba allah ribuan tahun yang lalu. Mulutku lancar bercerita selancar impulse yang terhantar dari minda yang bergerak selaju 0.02 saat dalam semeter.
“Seorang hamba allah yang telah membunuh 99 orang pergi menemui seseorang dan bertanya sekiranya dia boleh bertaubat apabila dosa yang dijinjing di bahunya bukan alang kepalang dosa. Dia turut membunuh orang yang baru di temuinya itu apabila orang itu mengkabarkan bahawa mustahil Allah akan menerima taubatnya dengan dosa yang sedemikian rupa. Dia lalu menemui orang yang kedua dan menanyakan hal yang sama, namun dia mendapat jawapan yang berbeza kali ini. Orang kedua ini menyuruhnya untuk pergi kepada seorang ulama’ dan belajar daripadanya, kerana ilmu orang kedua ini tidaklah berapa untuk mengajarnya bertaubat. Lalu, kembaranya untuk memulakan hidup baru pun bermula. Namun, takdir Allah telah menentukan lain pula yang terjadi apabila saatnya untuk meninggalkan dunia telah tiba.
Alkisah yang di kisahkan, Allah ada mencipta malaikat yang tugasnya ialah mengiringi malaikat maut apabila malaikat maut di arahkan untuk mengambil nyawa orang yang banyak berbuat dosa. Malaikat ini di katakan adalah malaikat yang paling ditakuti selepas malaikat maut. Nama malaikat ini ialah malaikat zabaniah.
Malaikat zabaniah ini pun turun dan bersedia di sisi si mati menunggu kedatangan malaikat maut apabila malaikat rahman turut datang ke tempat si mati. Lalu, berebutlah dua malaikat ini tentang siapa yang layak untuk mengiringi roh manusia ini. Namun, keduanya diam apabila malaikat maut datang ke tempat tersebut.
 Sesungguhnya, malaikat mautlah yang paling ditakuti di antara semua malaikat, kerana wajah yang Allah ciptakan khas untuknya yang sangat menyenangkan hati apabila si mati itu adalah seorang yang soleh, namun sangat menakutkan apabila si mati itu adalah hamba yang ingkar pada tuhannya. Tetapi, dikatakan kebanyakan masa, wajahnya akan kekal sebagai wajah malaikat pengambil nyawa yang menakutkan.
Dialah yang menyarankan satu jalan penyelesaian kepada malaikat zabaniah dan malaikat rahman, iaitu mengukur jarak di antara keduanya. Setelah di ukur untuk menentukan sama ada si mati lebih dekat kepada malaikat zabaniah atau malaikat rahman dengan mengukur jarak perjalanan si mati daripada tempat dia bertolak dan berakhir dengan tempat tujuannya, hasilnya adalah jaraknya sama, kecuali lebih sedikit kepada malaikat rahman.
Sesungguhnya perancangan allah itu sempurna. Dan, malaikat rahman pun mengiringi malaikat maut yang mengambil roh si mati.”
Kesimpulan yang dapat di ambil di sini ialah si mati tadi belum pun berbuat satu apapun amal kebaikan, tetapi di pilih oleh allah untuk memasuki syurgaNya. Apa yang allah lihat apabila hambaNya berusaha untuk mencapai redhaNya ialah bukannya apa hasil yang dapat dicapai, tetapi ialah kesungguhannya dalam usaha untuk mencapai redha allah itu. hidup ini bukanlah satu misi yang dimestikan untuk mencapai sesuatu yang akan dilihat oleh Allah. Tetapi, Allah akan lebih melihat usaha seorang hamba itu dalam menggapai cintaNya. Sekiranya kita menginginkan sesuatu yang tidak mampu kita rancang, bukankah itu adalah kerja tuhan.
Berdakwah tidak semestinya bererti orang yang di dakwahkan itu akan mengikut kita seratus peratus. Orang kata, kita berusaha, namun hasilnya itu adalah urusan Allah.
Dan, di sinilah masuknya cerita tentang harun yahya itu tadi, berpunca apabila ku kemukakan prinsip hidupnya yang aku warisi dan di warisinya dari said nursi itu.
            Menulis di blog dengan niat untuk berdakwah tidaklah salah, namun jika kita mengkehendaki ramai insan yang akan tertarik dan mendapat ilmu daripada apa yang kita tulis, bukankah hal itu Allah yang tentukan. Kita berusaha dan merancang. Allah juga merancang, namun kita tahu siapa yang lebih sempurna rancanganNya.
Ku kabarkan ini pada kakak senior itu dan mereka membenarkannya. Aku senyum.
Sesungguhnya, aku sangat merindui saat-saat seperti ini. Duduk dalam liqa’ dan mulut yang lancar bercerita dan berkongsi ilmu bersama yang lain. Refresh semua ilmu dengan memberinya pada orang lain pula.
Rindu yang amat sangat. Rindu apabila membayangkan yang sayap malaikat-malaikat sedang meneduh orang-orang ini, yang sedang sibuk bercerita tentang ilmu. Rindu apabila membayangkan dapat mendengar haiwan lain sibuk memohon ampun dan mendoakan insan-insan yang juga sedang hanyut dalam aliran ilmu yang tidak kunjung habis ini.
Rindu apabila mendapat tahu bahawa dengan berbuat begini, pahala yang mengalir tidak akan berhenti, biarpun apabila jasad sudah bertemankan bumi.
Rindu yang amat sangat, rindu untuk jatuh cinta. Jatuh yang jatuh sedalam-dalamnya. Ibarat jatuh ke alam semesta yang sangat luas. Rindu untuk jatuh hati pada tauhid dan cinta dalam mengenal makrifatNya.
Rindu padaNya. Rindu yang amat sangat.
Namun, apa yang aku sedih ialah apabila rindu ini hanya meniti di bibir dan tidak tembus ke hati. Orang kata, wajah itu cerminan hati. Dan, aku dapat melihat wajah aku yang sangat gelap lagi tidak bercahaya.
 Oh, betapa aku rindu!
Aku rindu dengan saat apabila air mata akan jatuh tanpa ku sedari apabila aku berkongsi cerita tentang sirah nabawiyyah. Rindu dengan saat apabila aku tertidur di atas sejadah apabila letih mengenang dosa masa lalu. Rindu apabila membayangkan kisah perjalanan agama bernama islam ini dari dahulu hingga kini.
Sangat rindu dengan nabi allah, muhammad saw. Betapa aku merindui baginda. Dapatkah lagi bertemu dengannya? Dapatkah mimpi menjadi kenyataan? Rindu amat apabila membayangkan bahawa baginda apabila di bangkit dari tidur lenanya yang panjang, perkataan pertama yang di ucapkannya ialah kerisauannya dengan ummatnya.
Rindu apabila diri bertanya pada hati bahawa wajarkah diri tidak kisah dengan agama apabila nabi sendiri amat kisah dengan agama ummatnya. Tidak kisah yakni tidak mengamalkan yang makruf dan menegah yang mungkar.
Oh, betapa aku rindu!



0 comments:

Post a Comment