Wednesday, March 16, 2016

YANG BERGEMBIRA~

Bismillahirrahmanirrahim~
Dengan namaNya dan demiNya in shaa Allah.

Hari ini hari khamis. Hari ahad nanti paper Khitobah, paper terakhir sebelum cuti winter. Tapi, buku dan nota tergeletak sahaja di sebelahku. Aku melirik melihat wallpaper handphoneku. Wallpaper buatanku.

‘I am determined to be cheerful and happy in whatever situation I may find myself. For I have learned that the greater part of our misery or unhappiness is determined not by our circumstance but by our disposition.’  Kata-kata itu terpapar di skrin handphoneku. Despite that being said, as a human, you cant run form hurdle in life. Nevertheless, with hardship come ease.

Ketika kita bergembira, mensyukuri nikmatNya apabila hati tenang dan tidak diulit resah dek masalah, diam seketika. Cuba kita cakna. Dalam kita tertawa, mungkin ada saudara atau sahabat kita yang menyembunyikan sendi di sebalik senyumannya. Dalam kita ceria, ada yang menangisi masalahnya namun cuba bertopengkan kegembiraan. Perhatikan, demi tidak semua sahabat kita seorang yang terbuka. Intip jiwanya, dan cuba bersamanya merasai bebannya. Walau kita tidak bisa menolong sepenuhnya tentang masalahnya, sekurang-kurangnya kita cuba meringankan bahunya dengan mendengar luahan hatinya.

‘Sekiranya kamu tidak mampu menggembirakannya, jangan pula menambah kedukaannya.’

Sememangnya, kadang kita tidak sedar semua perkara, namun sebagai seorang sahabat yang mencintai sahabatnya kerana Allah, kita harus mencuba.

- I love you for the sake of Allah swt.
- May The One who you love me for would love you back.

Sahabat yang baik ialah dia menangis bersama sahabatnya ketika sahabatnya dalam kesedihan, walau dirinya ketika itu sedang bergembira. Dan dia ikut tertawa dalam kebahagiaan sahabatnya, walau ketika itu dia sedang bersedih.

Dan sebaik-baik sahabat ialah seseorang yang apabila kamu melihatnya, kamu teringat pada Allah. Apabila kamu dengari percakapannya, pengetahuan kamu tentang islam bertambah. Apabila kamu melihat kelakuannya, kamu teringat akan kehidupan akhirat.



P/s- Dear friends, love you to the moon and back. And may our friendship long last till jannah In Shaa Allah.

Busyra.

21 JAN 2016

0 comments:

Post a Comment