Saturday, April 2, 2016

JUDGEMENTAL

Bismillahirrahmanirrahim~

Gambar ni time aku, sofinaz dan kak sufizah pergi window shopping di DownTown dan Carrefour, specifically at the food corner (you can see the crowd and the beverage beside me), but what I want to write about is the main point in this picture ; that one niqabi behind me who look at our direction while I’m doing the ‘peace’ sign’. Let me tell you something, ‘peace’ or that V sign with your two finger ; index finger and middle finger is not a good thing here in Egypt. Why? Search and find out yourself, kay. Usaha tangga kejayaan. ^_^

Sebenarnya bukan orang berpurdah tu judge aku (berbanding di Kaherah, orang asia cuma seciput di Iskandariah ni), aku jak yang perasan kena tengok. Jadi, tajuk post kali ni tiada kaitan pun dengan gambar di atas, cuma terinspirasi daripada sang insan tersebut sahaja.


Kata-kata ni aku jumpa di instagram, straight forward kan. Khas untuk diriku sendiri, pedas dan pedih namun itulah hakikatnya. Mungkin kita tidak sedar, sebab kita manusia biasa. Manusia itu lemah, harap maklum. (rasanya semua pun maklum. :D) Walaupun sedemikian rupa, ada masanya perbuatan judge tersebut lagi molek sekiranya hanya disimpan di dalam hati, cuba untuk dipadam daripada memburuk dan membusuk di dalam hati. Kesian hati kita nanti. Sayangilah hati anda!

Dan juga, sekiranya kita menjadi hakim, pastikan yang tertuduh ada yang mempertahankan dan yang menuduh juga tidak terburu-buru dalam tuduhannya. Paling penting, teliti setiap bukti dan saksi dalam setiap perbicaraan, kerana sekecil-kecil perkara itu akan mempengaruhi keputusan hakim terhadap orang yang dihadapkan kepada hakim. Oleh kerana inilah, kerja hakim tu gajinya mahal, sebab tanggungjawab yang dipikul bukan sekilo dua. Satu amanah tidak tertunai, sesungguhnya mizan di padang masyar itu sangatlah accurate kiraannya. Semoga amalan kebaikan kita lebih berat daripada keburukan, dan amalan kebaikan tersebut diredhai oleh Allah swt. Amin Ya Rabbal alamin~

Selalu kita ingin menjadi hakim bagi perbuatan orang lain, namun sentiasa ingin menjadi peguam bela bagi perbuatan kita sendiri. Ketika membuat salah, meminta maaf. Ketika dipersalahkan, memaafkanlah. Ketika baik, jangan baik sendiri-sendiri. Ajak sahabat-sahabat (itu tanda kita sayang mereka). Ketika jahat, malas-malaskanlah diri. Dan sekiranya ketika baik kita mengajak kawan, in shaa Allah kawan tersebut juga yang akan menarik kita kembali ketika kita jahat. Mungkin ada sahaja yang tidak betul di mata kita. Hampiri si dia dan bertanya. Mungkin ada penjelasan yang wajar dan dapat dihadam benak setelah mendengar perbicaraannya. Hakiminya dengan ilmu dan berhikmah, kerana mungkin suatu saat pada masa hadapan, kita pula yang berdiri di dalam kandang tertuduh tersebut. Dan mungkin belas yang kita tabur itu berbalas kasihannya pula.

Kerana tidak semua orang itu jahat. Lumrahnya manusia itu, hati manusia itu sukakan kebaikan. Namun, ketika dia berada jauh daripada Allah, sedang khayal kerana diikat oleh syaitan durjana, kita pula melontar pandangan sinis padanya. Tidak pula kita hulur tangan menariknya kembali.

Rasulullah saw, Nabi kesayangan ummat islam kita sendiri menegah umatnya untuk memerli atau memandang serong orang yang melakukan kesalahan.

Abu Hurairah ra said :
“A man who had been drinking was brought to the Prophet and he said, ‘Beat him.’ Some of us hit him with our hands, others with shoes and clothes. When he went away, some of the people said, ‘May Allah put you to shame!’ The Messenger of Allah said, ‘Do not speak like this. Do not help the Shaytan against him.’”'

(Bukhari, Fath al-Bari, hadith no 6777)

Dan ketika kita pula yang dijudge, satu cara menghadap hakim ialah membawa saksi dan bukti yang jelas menunjukkan kita tidak bersalah. Namun, ada ketikanya hakim itu sendiri tidak adil dan menghakimi dengan sebelah mata sahaja. Tidak mengapa. Sekiranya hakim di dunia tidak peduli kebenaran kata-kata kita, di kampung sana kelak ada Yang Maha Adil akan mengadili kita, dengan seadil-adil pengadilan.

Defeat your enemy with kindness. (Salahuddin Al-Ayyubi)

Jangan sewenang-wenangnya mengikut kata hati menuduh itu ini, walhal kita tidak tahu hal sepenuhnya, demi hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Sejarah dan tamadun islam dihiasi dengan pemimpin-pemimpin berkaliber dan berkarisma yang rendah hati , tawadhuk dalam beribadah, tidak pula mereka dengan bangga meremehkan orang yang tersadung di jalan menujuNya, mereka malah bangun untuk memimpin mereka-mereka yang jatuh ini.

Berbaik sangkalah. Husnudzon!

Firman Allah swt yang membawa maksud, “Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak berprasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu mengunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, lagi Maha Penyayang.” (Surah Al-Hujurat, 49 : ayat 12)

Nasihat dari Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.
  1.  Jika kamu bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik daripadamu. Maka ucapkan dalam hatimu : “Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi daripadaku” 
  2. Jika bertemu dengan anak kecil, maka ucapkanlah dalam hatimu : “Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik daripadaku.”
  3. Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah dalam hatimu : “Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama daripadaku, tentu dia lebih baik daripadaku.”
  4. Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah dalam hatimu : “Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan ku perolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah ku capai, mengetahui apa yang tidak ku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik daripadaku.”
  5. Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah dalam hatimu : “Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNYa padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih daripadaku.”
  6. Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah dalam hatimu : “Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.”   

Semoga Allah memberi kita mata yang mampu melihat kebaikan di dalam diri setiap orang. Wasalam~

Busyra
02 apr 2016

0 comments:

Post a Comment