Monday, May 23, 2016

Mizanku mizanku, Mizanmu mizanmu.

Bismillah~
Ketika dunia ini menghentammu sehingga bertekuk lutut, tarik nafas dan bertenang. Mungkin engkau diberi peluang untuk duduk. Menangis jika ingin menangis. Namun, berdiri semula. Jangan biarkan orang lain mengemudi kapal yang engkau adalah nakhodanya. Demi mizan kita bukan sama. Mizanku mizanku, mizanmu mizanmu. Sekiranya kata-kata orang lain mempengaruhimu, dan berjaya membuat engkau jatuh, cuma ingat hidup bukan demi mereka, tetapi demi Allah yang Maha Esa.

Biarkan mereka berbicara~

Dan jika sedih, biarkan air mata itu jatuh. Mungkin aku membuat salah, kerana aku hanya seorang manusia. Manusia itu makhluk yang tidak luput daripada kesalahan, itu bukti kita sebagai makhluk, kerana hanya Khalik yang Maha Sempurna.

Imam Ghazali berkata, "Allah mencipta makhluk itu dalam tiga fasa. Allah mencipta malaikat dan mengurniakannya akal tetapi tidak memberikannya hawa nafsu. Allah mencipta haiwan dan memberikan hawa nafsu tetapi tidak mengurniakannya akal. Kemudian, Allah mencipta Adam dan mengurniakannya akal dan hawa nafsu. Maka, sesiapa yang hawa nafsunya mendahului akalnya, haiwan lebih baik daripadanya. Dan sesiapa yang akalnya mendahului hawa nafsunya, dia lebih baik daripada malaikat."

Bisa saja Allah meletakkan aku di sini untuk aku memerhati masa lalu dan dosa masa lalu. Kerana aku yakin akan ayat pada kalamNya, Allah tidak akan membebankan hambaNya kecuali yang mampu dipikulnya. Dan sekiranya aku mengeluh, bermakna aku gagal ujian tersebut.

Tetapi, seorang murid yang cerdik, berjaya atau gagal, pasti ada sesuatu yang dia dapat ambil daripada ujian tersebut.

Juga kerana ujian itu tanda Allah sayang.

Sahabat?

Those who really love and care about you, they not going anywhere.
They're always there.

0 comments:

Post a Comment