Saturday, January 28, 2017

TRAVELOG FAYYOUM~

Bismillahirrahmanirrahim~

*Little warning : this blog is written by that crazy creature at the end of the left side pic, wearing red scarf. Lake Moeris or Qaroun Lake as background, taken by Ustaz Faiez.

Hari rehlah kami dimulai dengan turunnya hujan rahmat tika dini hari, membasahi bumi kinanah seketika sementara kami menunggu bas rehlah. Rehlah yang diadakan oleh Mahasiswi Sabah (WiSA) ini khusus untuk akhawat Sabah sahaja dan dipimpin oleh Madani Tours, sahabat baik Penuntut Sabah Mesir. Bas kedua tiba setelah bas pertama ralat dalam perjalanan menuju ke tempat kami menunggu, dan rehlah pun bermula. Seramai 46 Mahasiswi Sabah menaiki bas besar ini disertai 4 orang tour guides daripada Madani Tours, salah seorang daripadanya ialah isteri Ustaz Faiez Taufiq yang juga adalah alumni Mahasiswi Sabah Mesir, kak Hafizzatul.
*Semua mahasiswi sabah bergambar di atas Qasr Qarun, taken by Ustaz Faiez.

Bas rehlah kemudian memulakan perjalanan menuju Fayyoum. Madani Tours memulakan butir bicara dengan memperkenalkan semua tour guides yang turut serta pada rehlah kali ini, dimulakan dengan ketua guide, Ustaz Faiez Taufiq kemudian Ustaz Bahrul Ilmi, mahasiswa jurusan Usuluddin syukbah tafsir yang bertanggungjawab menerangkan tentang sejarah-sejarah Fayyoum, and last but not least, Ustaz Nabawi, atau lebih senang dipanggil Paupau, an artist I’d say, as he bring a guitar with him and gonna sang songs and humor passengers as the travel go on. Setelah sesi taaruf, Ustaz Bahrul Ilmi kemudian mula menceritakan serba sedikit tentang bagaimana Fayyoum mendapatkan namanya sebagai Fayyoum.
Menurut beliau, ada dua pendapat. Yang pertama, ianya berasal daripada Alf yaum, yang bermaksud seribu hari, di mana diambil daripada kisah Nabi Yusuf AS yang diminta untuk membina 36 buah kampung dalam masa 1000 hari, tetapi berjaya disiapkan dalam masa 360 hari. Yang kedua, ianya diambil daripada perkataan bayyoum, yang bermaksud tasik atau laut dalam Bahasa Yunani. Ini kerana pada zaman dahulu kala, Fayyoum asalnya adalah sebuah lautan. Buktinya wujudnya Wadi El-hitan, the valley of Whales, where you can see a whale fossil in real life. Satu pendapat lain pula mengatakan bahawa ianya diambil daripada perkataan Phiomia, moyang sejenis gajah yang telah lama pupus.
Sebelum memasuki daerah Fayyoum, bas kami ditahan untuk pemeriksaan, yang kemudian membawa kepada keputusan polis untuk mengiringi bas kami sepanjang kami berada di Fayyoum, memandangkan tarikh 27 masih lagi mempunyai bahang kejadian 25/01 dan keadaan masih tidak berapa selamat. So, our tour bus was guarded the whole trip, I tell you. Sepanjang rehlah juga, kami disuap dengan pelbagai info baru tentang Fayyoum dan diselangi dengan hiburan daripada Ustaz Paupau. Destinasi pertama yang kami jejaki ketika tiba di Fayyoum ialah Tasik Qarun. Di destinasi ini juga, kami singgah untuk makan tengah hari.

*Tasik Qarun, taken by me.
Sejarah Tasik Qarun

Tasik ini dahulunya hanyalah sebuah lembah yang kering kontang. Setelah laut Mediterranean mengalami perubahan air yang mendadak naik pada kira-kira 5-20 milion tahun yang lalu, (sila rujuk The Mediterranean reflooded at the end of the Miocene) menambah beberapa cabang Sungai Nil dan membuat beberapa tempat atau lembah menjadi tasik, salah satunya ialah Tasik Qarun. Ianya adalah tasik bukan buatan manusia yang tertua di dunia dan ketiga terbesar di Mesir.

Qarun ialah seorang yang miskin, yang hidup pada zaman Nabi Musa AS. Ada yang mengatakan bahawa Qarun adalah bapa saudara Nabi Musa, ada juga mengatakan sepupunya, namun tiada nas sahih yang mengatakan dengan sebenar hubungannya dengan Nabi Musa, hanya mempunyai talian persaudaraan. Qarun kemudian meminta Nabi Musa AS untuk berdoa supaya dia diberikan kesenangan. Doa Nabi Musa AS dimakbulkan oleh Allah, dan Qarun dilimpahi kurniaan harta yang tidak ternilai banyaknya. Dikatakan bahawa hartanya itu membuatkannya lebih kaya daripada Firaun yang memerintah ketika itu. Buktinya, ketika Qarun meminta izin pada Firaun untuk membuat istana di Memphis, Firaun tidak membenarkannya kerana terasa dirinya disaingi. Dan Qarun pun membuat keputusan untuk membuatnya di Fayyoum, berdekatan dengan tasik ini tadi.
Qarun menjadi semakin bongkak dengan kekayaannya, tidak pernah berhenti menayang hartanya dan langsung tidak tergerak hati untuk menyedekahkannya kepada yang memerlukan. Tika dia merasa bahawa dialah yang terkaya di muka bumi ini, Allah menunjukkan bahawa dialah yang termiskin di sisi Allah. Bumi dengan perintah Allah menenggelamkan semua harta Qarun termasuk dengan Qarun sekali ke dalam tasik ini. Tasik yang awalnya sempit ini menjadi luas seluas lautan. Tamatlah kisah Qarun yang tamak~

               Muncul pula persoalan bagaimana memastikan bahawa inilah tasik yang menelan Qarun dan bahana kekayaannya. Sebuah penulisan Prof Rusydi Al-badrawi menyatakan tentang sekumpulan ahli Geologi daripada Eropah yang datang untuk mengkaji tasik tersebut, mencari sejauh mana kesahihan kisah Qarun itu. Hasil kajian menunjukkan bahawa di kawasan tasik tersebut, pada suatu zaman dulu pernah terjadi gempa yang maha dahsyat terutamanya di bahagian selatan tasik, di mana beberapa riwayat mengatakan terjadinya kisah Qarun tersebut.

*cuba mengingat sejarah Qarun, sambil acah-acah dalam drama The Goblin.

               Rehlah diteruskan setelah sesi fotografi, ke destinasi seterusnya iaitu ke Qasr Qarun, Istana Qarun. Well, now there’s the question. Bagaimana mungkin istana Qarun masih wujud setelah semua harta dan istana Qarun ditelan bumi?

*Qasr Qarun, taken by me.

*Qasr Qarun side view, taken by me.

Istana Qarun, binaan kuli Qarun atau bekas kuil zaman Ptolemy?

Qarun dimaklumi seorang yang kaya raya dan mempunyai istana megah berdiri di samping danau yang indah ini. Hartanya melimpah ruah sehingga dikatakan kunci bendahara kekayaannya sahaja memerlukan 9 orang pemuda yang sasa untuk memikulnya. Peninggalan imej Qarun dalam masyarakat desanya tetap sama walau zaman demi zaman berubah, Qarun adalah seorang yang kaya raya!

Misnomer. Misnomers often arise because the thing received its name long before its true nature was known. Istana ini adalah misnomer. Fayyoum ialah sebuah daerah yang dikenali masyhur dengan sejarah yang berkait dengan Nabi Musa AS, Nabi Yusuf AS dan Qarun yang tamak. Ketika tapak tinggalan sejarah ini mula-mula ditemui, masyarakat masih lagi dalam bayangan imej Qarun yang kaya raya dan istananya yang megah, dengan secara tidak sedar terus menyandarkan tinggalan sejarah ini kepada kisah Qarun, dan terus hingga ke hari ini. Setelah dinamakan Qasr Qarun, barulah diketahui sebenarnya bangunan ini adalah tinggalan sejarah zaman Ptolemy (323-330 sebelum masihi).


*signboard beside the temple, taken by me.

Bukti ianya adalah kesan sejarah Yunani kuno ialah patung dewa Yunani, called Sobek, the crocodile-god yang boleh ditemui di dalam bangunan ini. (Ianya sedang dipindahkan buat sementara waktu untuk pengubahsuaian ketika lawatan kami). Binaan ini juga mempunyai kawasan khas bekas peliharaan buaya, bertepatan dengan sejarah yang mengatakan daerah ini dahulunya dinamakan Crocodilopolis, “Crocodile City” kerana mereka menyembah buaya jinak yang dianggap suci bernama Petsuchos

*tempat dikatakan buaya tersebut dipelihara

Di bawah binaan ini, terdapat banyak terowong rahsia yang berselirat dan panjang yang penghujungnya sampai ke kampung berdekatan. Penduduk desa mempercayai terowong ini sebenarnya panjang hingga ke iskandariah, ada juga mengatakan hingga ke Memphis, ibu kota Mesir Kuno. Nama terowong yang utama ialah Yusuf, dikatakan diambil daripada nama Salahuddin Yusuf Al-Ayyubi kerana dia yang memerintahkan terowong ini untuk digali. Terdapat banyak pendapat tentang terowong ini malah ada yang bercanggah, namun tiada satupun yang menunjukkan sahnya pendapat tersebut.  

*Ustaz Faiez menerangkan sejarah binaan ini kepada rombongan.

               Setelah mendengar penjelasan Ustaz Faiez Taufiq serba sedikit tentang sejarah Yunani di Fayyoum, kami menaiki tangga untuk naik ke atas istana ini. Bahagian atas istana ini hampir musnah semua batu-batunya, namun masih menampakkan nilai sejarah zaman Ptolemy. Dari bahagian atas ini juga, terdapat ruang-ruang tidak beratap yang boleh dilihat dari atas.

*Panorama view above the palace, taken by me.

*Ketika kami bertiga memanjat tebing istana untuk mengambil gambar, dia lagi prefer bina ‘istana batu’ sendiri. Gayat katanya~ left taken by Pipa, right taken by Shasha.

*Berdekatan Qasr Qarun, tinggalan sejarah yang hanya tinggal runtuhan kerana tidak diperdulikan.

Destinasi seterusnya ialah Wadi El-Rayyan. Di sini, rombongan kami terlebih dahulu pergi ke masjid dan menunaikan solat jamak qasar, dan ke bilik air bagi yang memerlukan bilik air. Tika ini, ribut pasir disertai angin yang kuat mula beraksi, menyapa muka dengan kasar. Nasib baik ada pakai mafela dan kaca mata hitam. Walaupun begitu, pasir tetap juga masuk dalam mata dan mulut. Wadi El-Rayyan adalah air terjun terbesar, in fact its actually THE only fall in Egypt. Selain kami, terdapat ramai lagi orang yang mengunjungi tempat ini. Bas-bas besar memenuhi tempat parkir bersebelahan masjid. Ribut pasir tidak menghalang mereka, dan juga kami untuk mengambil peluang ini mengambil gambar di sini.

*Berlatarbelakang air terjun Wadi El-Rayyan, taken by Egyptian Tourist using shasha phone

Kami kemudian menaiki bas, dan berhenti tidak jauh dari Wadi El-Rayyan. Aktiviti seterusnya ialah Sandboarding. Sekiranya di negara bersalji ada snowboard, di negara pasir ini ada sandboard. Mulanya tidak berkeinginan untuk bermain, memandangkan ribut pasir yang melanda tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti. Mata tidak berhenti merah dan irritated. Aku dan Pipa hanya memerhati Angah dan Shasha mendaki slope bukit yang tidak berapa cenuram, namun cukup curam untuk melakukan aktiviti sandboarding. 

*sandboarding (padahal dalam gambar tengok board jak, teda yang tengah sandboarding)

Melihat mereka bermain beberapa ketika, akhirnya aku mengambil keputusan untuk bermain. Sekali sahaja. Sekurang-kurangnya pernah merasa apa itu sandboarding. Tiba di atas, benda pertama yang membuat aku terkesima ialah pemandangan di sebalik bukit tersebut. Di kejauhan, kelihatan ribut pasir menari di udara tika langit mula mengajak matahari suram pergi dan menarik selimut senja.

*The whole view is so much more than this. taken by me using Maryam Atiqah phone

Kami kemudian menuju ke ladang zaitun, dan juga terus singgah untuk makan petang. Dan rehlah kami pun berakhir.

*Amazing Madani Tours' tour guides. from left, Ustaz Faiez Taufiq, Ustaz Bahrul Ilmi and Ustaz Nabawi. thanks Madani Tours~ pic taken by me.

*Background Qasr Qarun, taken by Ustaz Faiez.
Its a great tour, thank you Madani Tours. ^_^

Trivia
- dikatakan bahawa ada beberapa penduduk pernah ternampak ikan duyung di tasik Qarun.

- pada tahun 80an, tersebar khabar angin mengatakan bahawa 200 kanak-kanak mesti dibunuh terlebih dahulu untuk memudahkan harta kekayaan Qarun untuk ditemui di tasik tersebut. Kerajaan Mesir diselubungi dengan kepanikan sepanjang ura-ura itu berleluasa.

Nota kaki
Fayyoum adalah salah satu daerah di Mesir yang menyimpan seribu satu sejarah dan juga tinggalannya yang patut dihargai oleh anak cucu masyarakat terdahulu. Contoh peninggalan Fayyoum yang terkenal ialah teknik potret mumia. Sebuah potret akan dilukis pada kayu yang akan dilekat pada keranda mumia, biasanya potret sang penghuni keranda tersebut, sama ada lukisan kepala atau kepala dan bahagian bahunya. Sejak teknik arkeologi diperkenalkan, terlalu ramai ahli sejarah khususnya ahli arkeologi yang menemukan potret ini. Jumlah potret ini juga bukan sedikit, dikatakan mencapai 900 buah pada saat ini. Satu-satunya penyesalan saya ialah yang menemuinya semua orang barat, dan penemuan ini kemudian dibawa kembali ke negara mereka untuk dipamerkan. Sedih melihat tinggalan sejarah di tanah lain tapi ditayang di tanah lain. Marah sebab sapi punya susu, lembu yang dapat nama. 


ALL PHOTO TAKEN BY MY PHONE CAMERA, UNLESS STATED OTHERWISE.

Busyra~

0 comments:

Post a Comment