Friday, January 2, 2015

INSAN TERINDAH



Bagiku kaulah insan terindah
Walau bagimu tidak mungkin serupa
Kerana jika aku ke kanan
Pasti kau akan menoleh ke kiri
Kerana ianya tidak mungkin
Bagi utara dan selatan bertemu
Berlari,berjalan waima merangkak
Kau tidak mungkin ku cuit
Demi kau yang terus menjauh
Aku berhenti melangkah
Telekuan yang memasak diri
Kaku melihat bayangmu
Menyedari inilah kehendak takdir
Apalah nilai hasrat hatiku
Jika dibanding rahsia Ilahi
Biar aku kembali padaNya
Cuba menulis ceritera baharu
Cuba menjadi insan terindah
#Seindah-indah insan ialah insan yang menemui dirinya selalu kembali pada Ilahi.

0 comments:

Post a Comment