Wednesday, March 11, 2015

Kisah Tsa'labah

Bismillahirrahmanirrahim.

Tsa'labah bin Abdurrahman telah berkhidmat dengan Rasulullah s.a.w, dalam banyak perkara.  Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. telah mengutusnya untuk satu keperluan. Dalam perjalanannya dia melalui rumah sahabat Ansar lalu terlihat wanita Ansar sedang mandi. Kemudian timbul rasa takut akan turun wahyu kepada Rasulullah s.a.w. mengenai perbuatannya itu.
Kemudian dia tidak kembali kepada Rasullah s.a.w. Dia pergi ke gunung yang berada di antara Mekah dan Madinah. Dia tinggal di situ lebih kurang hampir 40 hari lamanya. Selepas itu, Jibril a.s. turun kepada Nabi s.a.w. dan berkata: Wahai Muhamad, Tuhanmu menyampaikan salam untukmu. Sesungguhnya seorang lelaki sedang berada di gunung memohon perlindungan kepadaKu. Lalu Rasulullah s.a.w. berkata kepada Umar al-Khattab r.a. dan Salman al-Farisi r.a.: Kamu berdua pergilah membawa kepadaku Tsa'labah bin Abdurrahman.
Pergilah mereka berdua mencarinya dan bertemu dengan salah seorang seorang penggembala Madinah yang bernama Zufafah.
Umar bertanya kepadanya, “Apakah engkau tahu seorang pemuda di antara bukit ini yang bernama Tsa'labah?”
Penggembala itu menjawab: Barangkali maksudmu lelaki yang lari dari neraka jahanam?
Umar bertanya: Bagaimana engkau tahu dia lari dari neraka jahanam?
Jawabnya: Bila malam, dia keluar kepada kami dari bukit ini dengan meletakkan tangannya di atas kepala sambil berkata, “Mengapa tidak cabut saja nyawaku dan Engkau binasakan tubuhku, dan tidak membiarkan aku menanti keputusan-Mu!”
Umar berkata: “Ya, dialah yang kami maksud,”
Kemudian mereka bertiga pergi bersama-sama. Bila Umar melihatnya lalu Umar menghampirinya dan mendekapnya.
Tsa’labah berkata, “Wahai Umar! Apakah Rasulullah telah mengetahui dosaku?”
Jawab Umar: “Aku tidak tahu, yg pasti semalam Baginda menyebut namamu dan mengutus aku dan Salman untuk mencarimu.”
Tsa’labah berkata, “Wahai Umar! Jangan kau bawa aku menghadap beliau melainkan Baginda dalam keadaan sembahyang”
Kemudian Umar dan Salman segera masuk ke saf sembahyang. Selepas memberi salam Baginda bersabda, “Wahai Umar! Wahai Salman! Bagaimana dengan Tsa’labah?”
Mereka menjawab, “Ini dia, wahai Rasulullah!”
Maka Rasulullah berdiri dan menggerak-gerakkan Tsa’labah yg membuatnya terjaga.
Rasulullah berkata kepadanya, “Apa yang membuatkanmu menghilang dariku?”
Tsa’labah menjawab, “Dosaku, ya Rasulullah!”
Baginda bersabda, “Bukankah telah aku ajarkan kepadamu satu ayat yang dapat menghapus dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan?”
Jawab Tsa'labah: “Benar, wahai Rasulullah.”
Rasulullah bersabda, “Katakan… Ya Tuhan kami, berilah kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat serta peliharalah kami dari azab neraka.” (QS al-Baqarah: 201)
Tsa’labah berkata, “Dosaku wahai Rasulullah, sungguh sangat besar.”
Baginda s.a.w. bersabda, “Akan tetapi Kalamullah lebih besar.”
Kemudian Rasulullah memerintahkan Tsa’labah agar pulang ke rumahnya. Berlalulah masa selama lapan hari,  Salman datang menghadap Rasulullah lalu berkata, “Wahai Rasulullah! Masihkah engkau mengingat Tsa’labah? Dia sekarang sedang sakit kuat.”
Maka Rasulullah datang menemuinya dan meletakkan kepala Tsa’labah di atas pangkuan Baginda. Akan tetapi Tsa’labah mengelakkan kepalanya dari pangkuan Baginda.
“Mengapa engkau singkirkan kepalamu dari pangkuanku?” tanya Rasulullah S.A.W
“Karena aku penuh dengan dosa.” Jawabnya
Baginda bertanya lagi, “Bagaimana yang engkau rasakan?”
Jawabnya: “Seperti dikerumuni semut pada tulang, daging, dan kulitku.”
Beliau bertanya, “Apa yang kau inginkan?”
“Keampunan Tuhanku”, jawabnya.
Maka turunlah Malaikat Jibril dan berkata, “Wahai Muhammad! Sesungguhnya Tuhanmu mengucapkan salam untukmu dan berfirman kepadamu, `Kalaulah hamba-Ku ini menemui Aku dengan membawa sepenuh bumi kesalahan, nescaya Aku akan temui dia dengan ampunan sepenuh itu pula.’
Maka segera Rasulullah memaklumkan perkara itu kepada Tsa’labah. Mendengar berita itu, terpekiklah Tsa’labah dan meninggal dunia.
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan agar Tsa’labah segera dimandikan dan dikafankan.
Ketika telah selesai menyembahyangkannya, Rasulullah berjalan sambil berjingkit-jingkit. Setelah selesai dikebumikan, para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah! Kami lihat engkau berjalan sambil berjingkit-jingkit.”
Beliau lalu bersabda, “Demi Zat yang telah mengutus aku sebagai seorang nabi yang sebenarnya! KerAna banyaknya malaikat yang turun menziarahi Tsa’labah.”
#persoalan yang ditimbulkan : sejauh manakah kesahihan hadis tersebut?
#jawapan dan kesimpulan :
Hadis ini telah diriwayatkan oleh Abu Nu'aim di dalam kitab al-Hilyah. Di dalam sanadnya terdapat Abu Bakar bin Mufid, Mansur bin Ammar dan syeikhnya al-Munkadir bin Muhamad al-Munkadir. Mereka semuanya adalah dha'if.
Manakala Abu Bakar, al-Zahabi berkata di dalam al-Mizan, dia dituduh berdusta. Komentar al-Sayuti pula, dia bukan hujah.
Mansur pula, menurut Ibnu Hajar di dalam Lisan al-Mizan, kata Ibnu Adi ia 'munkarul Hadis'. Dan Abu Hatim berkata dia tidak kuat.
Al-Munkadir, Ibnu Hibban memasukkannya ke dalam 'al-mujruhin'. Kata Ibnu Hajar di dalam al-Taqrib dan al-Zahabi di dalam al-Kasyif, dia lemah hadisnya. Kata al-Ijli di dalam Ma'rifat al-Tsiqaat, dia adalah dhaif.
Atas asas ini, hadis ini tidak sahih. malah, Al-Sayuti di dalam al-La'ali al-Mashnu'ah menggolongkannya  ke dalam hadis palsu.
#my point is memandangkan ianya salah satu cerita kegemaran saya, so sedih juga la bila dapat tahu ianya hadis berstatus tidak pasti. namun, ambil yang jernih buang yang keruh.
ala kulli hal bikhair in shaa Allah, amin!
cr : www.al-ahkam.net

0 comments:

Post a Comment